Perbelanjaan sektor
IT RM24.8b
PERBELANJAAN sektor
telekomunikasi maklumat (IT) di Malaysia dijangka mencecah AS$8.2 bilion
(RM24.8 bilion) menjelang akhir tahun ini, meningkat 10.1 peratus berbanding
2011
Pengurus
Penyelidikan Kanan International Data Corp (IDC) Asia Pasifik, Sudev Bangah
berkata, unjuran didorong beberapa faktor utama yang memberi impak komersial
dalam industri ICT.
Beliau berkata,
meskipun ekonomi dunia dalam keadaan tidak menentu ia juga boleh disifatkan
sebagai ‘tahun penuh peluang’ yang akan memberikan kesan besar ke atas pasaran
ICT. “Antaranya, peningkatan penggunaan IT dalam sektor tradisional, penggunaan
sistem perkomputeran ‘cloud’, pengenalan peranti mudah alih pintar, faktor penekanan
teknologi mesra pengguna dan pengenalan lebih banyak telefon pintar yang dijual
pada harga murah. erharga lebih murah, penyedia kandungan tempatan yang akan
menembusi pasaran luar serta penjimatan kos oleh PKS yang lebih banyak
menggunakan sistem IT.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ICT sumbang RM75b
pendapatan negara
INDUSTRI teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) negara ini disasarkan memberi sumbangan sebanyak
12.5 peratus iaitu RM75 bilion kepada Pendapatan Kasar Negara (GNI) menjelang
akhir tahun ini. Naib Presiden Pemasaran dan Penjenamaan MDeC, Niran Noor,
berkata perkembangan positif itu dijana menerusi tumpuan khusus kepada dua
pemacu utama, iaitu inovasi dan kreativiti serta produktiviti.
“Malaysia kini
berada di fasa ketiga pembangunan ICT yang menumpukan usaha menjadikan negara
ini sebagai hab rumusan produk atau perkhidmatan untuk dieksport,” katanya pada
majlis Anugerah MSC Malaysia Asia-Pacific ICT (APICTA) untuk kali ke-12 di
Kuala Lumpur. Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr
Maximus Ongkili dan Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali. Beliau berkata,
rancangan fasa ketiga dimulakan tahun ini dan dijangka berakhir pada 2020
dengan tumpuan khusus bagi menjadikan Malaysia destinasi penyumberan luar ICT,
bidang kreatif dan e-Kerajaan. “Ia dirancang mengikut Program Transformasi
Digital dinamakan Digital Malaysia, sekali gus melengkapkan Agenda Transformasi
Nasional yang memacu ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,”
katanya.
Inisiatif Digital
Malaysia adalah satu daripada program transformasi utama dalam dasar
transformasi nasional yang juga inisiatif terakhir diketengahkan selepas
Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE), Program
Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program
Transformasi Luar Bandar (RTP) yang diumumkan sebelum ini.
sumber :
http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment